Friday, September 25, 2009

Kemusykilan Memancing Tenggiri

Pelbagai kemusykilan memancing tenggiri



SOAL: Saya berminat untuk melakukan casting dengan umpan ikan kembung dan sasarannya ikan tenggiri. Bagaimana hendak memasang mata kail? Berapakah panjang perambut? Kalau menggunakan kaedah Apollo, apakah warna benang yang sesuai? Apakah mata kail jenis Oshaughnessy sesuai atau tidak?

SOAL: Saya berminat untuk melakukan casting dengan umpan ikan kembung dan sasarannya ikan tenggiri. Bagaimana hendak memasang mata kail? Berapakah panjang perambut? Kalau menggunakan kaedah Apollo, apakah warna benang yang sesuai? Apakah mata kail jenis Oshaughnessy sesuai atau tidak? Berapa jarak perambut anak antara satu sama lain serta panjang apollo? Apakah joran 10 - 20 lb dengan tali 14 paun sesuai? Perambut anak berapa paun dan perambut utama berapa paun dan teknik yang berkesan memancing di tuas.

ABDUL RAHIM, KDRM.

JAWAB: Jarak ketiga-tiga mata kail tidak boleh lebih panjang daripada umpan. Panjang perambut dawai untuk casting tenggiri maksimum sekali diikat bersama tiga bentuk mata kail saiz 3/0.


Dua warna benang paling efektif dijadikan perambut mata apollo iaitu hijau dan putih. Mata kail jenis batang panjang ini sesuai untuk umpan mati dan mata apollo buatan sendiri.

Jarak perambut anak dengan perambut utama pancing apollo ialah 8 hingga 14sm. Saiz sebegini untuk casting tenggiri amat ideal kerana tenggiri dikatakan amat culas menerkam umpan yang dipadankan dengan tali tangsi kasar.

Untuk perambut anak apollo ialah 12 paun hingga 15 paun, manakala perambut utama 20 hingga 30 paun. Selain casting, teknik menghanyutkan umpan (drifting) juga mampu mendatangkan hasil yang baik. Teknik hanyut lebih efektif kalau menggunakan umpan ikan apollo hidup.