Trip memancing tidak dapat dibuat dek faktor cuaca yang tidak menentu. PPTPJMM merancang untuk menembak lagi. Seperti biasa, tekong paintball kami, Afizal the Pornstar mendapatkan kupon murah. Tapi kali ini di dealmate pulak. Lokasi berbeza. Outdoor tuuu.. Taman Metropolitan Batu.. Jangan confuse pula dengan Taman yang orang main layang-layang tu.. Tu di Kepong ok. Taman Metropolitan Batu terletak di Jalan Ipoh.
RM29 je seorang, dia telah menempah 10 kupon bagi memperoleh 200 biji palet percuma. Walau bagaimana pun, masa ini la ada pulak last minit tak jadi nak join dek gara-gara cuti sekolah. Penuh jemputan kenduri kawin dan perancangan lain.
Berikut adalah senarai yang menyertai paintball kali ini.
Balls In Telescope |
BIT - Balls In Telescope (known as Belle De Boskop)
1. Pornstar
2. Azri
3. Hakim
4. Arif
Riper Company |
RC - Riper Company (known as Reaper Company)
1. Namran
2. Faiz
3. Nik
4. Prince
BIT/RC (known as ballancer)
1. Fazmee
Tarik diri saat akhir
1. Fadly
Tentu semua tertanya-tanya kenapa nama team ditukar. Bunyi macam sama. tetapi lain. Ini kerana ahli asal telah berubah arah. Ada juga yang tidak dapat join. Rumah dekat pun tak datang. Macam mana tu?
So, aku guna kuasa veto untuk rebranding team kali ni la.
Set marker baru dan lama |
Lokasi paintball kali ini terletak di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh. Nampak je macam senang hendak cari. tapi hmmm berpusing juga la.
Tunggu turn untuk berperang |
Kami yang gentleman bagi chance kpd amoi-amoi menembak dulu. Ialah mereka 14 orang dah cukup. Kami walau pun datang lebih awal, tapi ada juga yang lambat, sesat dan sengaja buat-buat lambat. hmmmm...
Sementara menunggu tu, kami telah diberi tunjuk ajar oleh Aja dan abang beliau Bob mengenai cara bermain paintball. Mereka memang sporting laa.
Banya benda yang kami belajar dari mereka.
Kami mulakan game sekitar jam 11 pagi dan berakhir jam 12 lebih juga laa...
Rehat Sebentar |
Lepas habis menembak satu game, kami pun berehat sekejap. Lepas tu sambung balik.
Apa pun, kami sangat berpuas hati dengan lokasi paintball kali ini. bersih, terjaga, kurang tempat menyorok... yang seronoknya kami boleh gelak sakan lepas menembak. Huh.. lepas tensen.
Lepas puas menembak, kami pun pergi melepak di kedai mamak yang kami sendiri tidak sure kemamakannya. Lepas jam 1.40pm, kami pun bersurai.
Sebagai penghargaan kepada semua rakan-rakan yang menyertai paintball kali ini, aku telah sediakan satu video khas yang telah aku upload di youtube. Kalau search di youtube perkataan "PPTPJMM" sure video ini akan berada di atas sekali. (Video ini datang dengan Versi FULL HD lagi tau)
Selamat Menonton
(perhatikan aksi terlebih dari tekong.. haha)
P/S: Lain kali tekong tolong sediakan air. 100plus sejoookkkkk...
sejak bila pulak bolg pancing ada game paintball...hahaha....karangan yg bagus cuma kekurangan gambar2 amoi yg dikatakan itu,..huhu
ReplyDelete