16 Jun 2013 (Ahad)
Aktiviti:
Memancing Udang Galah
Lokasi:
Kampung Teluk Penyamun, K. Selangor
Peserta:
1. Azri (Tekong)
2. Aree
3. Sani
4. Prince
PPTPJMM mencari sepit biru lagi. Trip kali ini sedikit berbeza dengan trip sebelumnya. Ini kerana kami pergi memancing hari orang sibuk memancing juga. Ialah, hari Ahad. Boleh katakan semua orang cuti. So, misi kami bukan sahaja mencari udang galah. Tetapi kami juga mempunyai misi mendapatkan bot. Hmmm ialah walau pun kami dah tempah bot awal. Tapi kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan bot yang best disebabkan kami datang lambat.
Aree dan aku sedang berbincang memilih bot |
Kami bertolak dari Ibu Pejabat JMM seawal jam 5.30am. Kami sempat berhenti solat subuh di Masjid Jamek simpang ke Kg Kuantan. Kami juga sempat lagi menjamah nasi lemak sebelum ke jeti.
Pemegang rekod nampaknya tidak sabar lagi |
Tengok muka penuh semangat nak pecahkan rekod sendiri tu.
Sampai je ke lokasi pertama, kami sudah merasa tidak sabar untuk menurunkan kail. Punyalah seronok. Maklumlah lama sudah tidak turun mencari si sepit biru.
Udang pertama dinaikkan |
Ikan duri pun terkena kail |
Beginners tarik sepit biru tu |
Belukang 3 calit pun sangkut juga |
Udang tidak berapa nak bergalah |
Aduhai, kecil macam ini pun terkena mata kail ke? Aree.. Lepaskan ia. Biarkan ia menjadi Jenggo Si Sepit Biru.
Saiz ini boleh dimasak sambal |
Aree, saiz ini baru la boleh bawa balik masak sambal.
Tekong darat dengan hasilnya |
Ini bukan bergaya lebih |
Sani cuba membawa bot sendiri. Boleh la jadi driver bot lepas ni.
Trip kali ini tidak membawa hasil yang memuaskan. Tapi kami bersyukur atas rezeki yang diberikan. Udang tak banyak. Tapi kalau dikira ikan, memang sangat memuaskan. Belum tambah yang dilepaskan lagi. Sori la gambar tidak sempat ambil.
Keadaan air yang tidak berapa memuaskan menjejaskan sedikit usaha kami.
Rekod trip sebelum ini masih belum dipecahkan lagi. Harap trip akan datang lebih berjaya.
Terima kasih kepada semua yang join. Tunggu trip PPTPJMM akan datang ya...
No comments:
Post a Comment