Tuesday, June 25, 2013

PPTPJMM Pancing Udang [16 Jun 2013]

Tarikh:
16 Jun 2013 (Ahad)

Aktiviti:
Memancing Udang Galah

Lokasi:
Kampung Teluk Penyamun, K. Selangor

Peserta:
1. Azri (Tekong)
2. Aree
3. Sani
4. Prince


PPTPJMM mencari sepit biru lagi. Trip kali ini sedikit berbeza dengan trip sebelumnya. Ini kerana kami pergi memancing hari orang sibuk memancing juga. Ialah, hari Ahad. Boleh katakan semua orang cuti. So, misi kami bukan sahaja mencari udang galah. Tetapi kami juga mempunyai misi mendapatkan bot. Hmmm ialah walau pun kami dah tempah bot awal. Tapi kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan bot yang best disebabkan kami datang lambat.

Aree dan aku sedang berbincang memilih bot


Kami bertolak dari Ibu Pejabat JMM seawal jam 5.30am. Kami sempat berhenti solat subuh di Masjid Jamek simpang ke Kg Kuantan. Kami juga sempat lagi menjamah nasi lemak sebelum ke jeti.


Pemegang rekod nampaknya tidak sabar lagi

Tengok muka penuh semangat nak pecahkan rekod sendiri tu.


Sampai je ke lokasi pertama, kami sudah merasa tidak sabar untuk menurunkan kail. Punyalah seronok. Maklumlah lama sudah tidak turun mencari si sepit biru.

Udang pertama dinaikkan
Sengaja tidak mahu mengambil gambar udang aku secara dekat. Terbakar la tu. Lesen aku dapat dulu. Nak2 yang depan aku tu.

Ikan duri pun terkena kail
Ikan duri berwarna kuning keemasan sangat menarik untuk dilihat.

Beginners tarik sepit biru tu
Kami pernah berkata yang beginners luck tetap ada luck. Tu dia, lesen dah dapat. Sepit biru lagi.
Belukang 3 calit pun sangkut juga
Ikan belukang yang aku dapat ni memang besar. Terkejut aku bila joran aku melendut mencecah air. Nasib baik sempat aku capai. Apa lagi, layankan aje.

Udang tidak berapa nak bergalah

Aduhai, kecil macam ini pun terkena mata kail ke? Aree.. Lepaskan ia. Biarkan ia menjadi Jenggo Si Sepit Biru.


Saiz ini boleh dimasak sambal

Aree, saiz ini baru la boleh bawa balik masak sambal.

Tekong darat dengan hasilnya
Selalu Azri akan bawa bot menuju ke lubuk kegemarannya. Tapi kali ini dia jadi orang tengah.

Ini bukan bergaya lebih

Sani cuba membawa bot sendiri. Boleh la jadi driver bot lepas ni.

Trip kali ini tidak membawa hasil yang memuaskan. Tapi kami bersyukur atas rezeki yang diberikan. Udang tak banyak. Tapi kalau dikira ikan, memang sangat memuaskan. Belum tambah yang dilepaskan lagi. Sori la gambar tidak sempat ambil.

Keadaan air yang tidak berapa memuaskan menjejaskan sedikit usaha kami.
Rekod trip sebelum ini masih belum dipecahkan lagi. Harap trip akan datang lebih berjaya.

Terima kasih kepada semua yang join. Tunggu trip PPTPJMM akan datang ya...













Thursday, June 6, 2013

PPTPJMM Menembak Di Metropolitan Batu [1 JUN 2013]

Trip memancing tidak dapat dibuat dek faktor cuaca yang tidak menentu. PPTPJMM merancang untuk menembak lagi. Seperti biasa, tekong paintball kami, Afizal the Pornstar mendapatkan kupon murah. Tapi kali ini di dealmate pulak. Lokasi berbeza. Outdoor tuuu.. Taman Metropolitan Batu.. Jangan confuse pula dengan Taman yang orang main layang-layang tu.. Tu di Kepong ok. Taman Metropolitan Batu terletak di Jalan Ipoh.

RM29 je seorang, dia telah menempah 10 kupon bagi memperoleh 200 biji palet percuma. Walau bagaimana pun, masa ini la ada pulak last minit tak jadi nak join dek gara-gara cuti sekolah. Penuh jemputan kenduri kawin dan perancangan lain. 

Berikut adalah senarai yang menyertai paintball kali ini.

Balls In Telescope


BIT - Balls In Telescope (known as Belle De Boskop)
1. Pornstar
2. Azri
3. Hakim
4. Arif
Riper Company

RC - Riper Company (known as Reaper Company)
1. Namran
2. Faiz
3. Nik
4. Prince

BIT/RC (known as ballancer)
1. Fazmee


Tarik diri saat akhir
1. Fadly


Tentu semua tertanya-tanya kenapa nama team ditukar. Bunyi macam sama. tetapi lain. Ini kerana ahli asal telah berubah arah. Ada juga yang tidak dapat join. Rumah dekat pun tak datang. Macam mana tu? 

So, aku guna kuasa veto untuk rebranding team kali ni la.


Set marker baru dan lama
Lokasi paintball kali ini terletak di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh. Nampak je macam senang hendak cari. tapi hmmm berpusing juga la. 

Tunggu turn untuk berperang

Kami yang gentleman bagi chance kpd amoi-amoi menembak dulu. Ialah mereka 14 orang dah cukup. Kami walau pun datang lebih awal, tapi ada juga yang lambat, sesat dan sengaja buat-buat lambat. hmmmm...

Sementara menunggu tu, kami telah diberi tunjuk ajar oleh Aja dan abang beliau Bob mengenai cara bermain paintball. Mereka memang sporting laa.
Banya benda yang kami belajar dari mereka.

Kami mulakan game sekitar jam 11 pagi dan berakhir jam 12 lebih juga laa... 

Rehat Sebentar
Lepas habis menembak satu game, kami pun berehat sekejap. Lepas tu sambung balik.

Apa pun, kami sangat berpuas hati dengan lokasi paintball kali ini. bersih, terjaga, kurang tempat menyorok... yang seronoknya kami boleh gelak sakan lepas menembak. Huh.. lepas tensen. 

Lepas puas menembak, kami pun pergi melepak di kedai mamak yang kami sendiri tidak sure kemamakannya. Lepas jam 1.40pm, kami pun bersurai.

Sebagai penghargaan kepada semua rakan-rakan yang menyertai paintball kali ini, aku telah sediakan satu video khas yang telah aku upload di youtube. Kalau search di youtube perkataan "PPTPJMM" sure video ini akan berada di atas sekali. (Video ini datang dengan Versi FULL HD lagi tau)


Selamat Menonton
(perhatikan aksi terlebih dari tekong.. haha)



P/S: Lain kali tekong tolong sediakan air. 100plus sejoookkkkk...