Tuesday, June 25, 2013

PPTPJMM Pancing Udang [16 Jun 2013]

Tarikh:
16 Jun 2013 (Ahad)

Aktiviti:
Memancing Udang Galah

Lokasi:
Kampung Teluk Penyamun, K. Selangor

Peserta:
1. Azri (Tekong)
2. Aree
3. Sani
4. Prince


PPTPJMM mencari sepit biru lagi. Trip kali ini sedikit berbeza dengan trip sebelumnya. Ini kerana kami pergi memancing hari orang sibuk memancing juga. Ialah, hari Ahad. Boleh katakan semua orang cuti. So, misi kami bukan sahaja mencari udang galah. Tetapi kami juga mempunyai misi mendapatkan bot. Hmmm ialah walau pun kami dah tempah bot awal. Tapi kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan bot yang best disebabkan kami datang lambat.

Aree dan aku sedang berbincang memilih bot


Kami bertolak dari Ibu Pejabat JMM seawal jam 5.30am. Kami sempat berhenti solat subuh di Masjid Jamek simpang ke Kg Kuantan. Kami juga sempat lagi menjamah nasi lemak sebelum ke jeti.


Pemegang rekod nampaknya tidak sabar lagi

Tengok muka penuh semangat nak pecahkan rekod sendiri tu.


Sampai je ke lokasi pertama, kami sudah merasa tidak sabar untuk menurunkan kail. Punyalah seronok. Maklumlah lama sudah tidak turun mencari si sepit biru.

Udang pertama dinaikkan
Sengaja tidak mahu mengambil gambar udang aku secara dekat. Terbakar la tu. Lesen aku dapat dulu. Nak2 yang depan aku tu.

Ikan duri pun terkena kail
Ikan duri berwarna kuning keemasan sangat menarik untuk dilihat.

Beginners tarik sepit biru tu
Kami pernah berkata yang beginners luck tetap ada luck. Tu dia, lesen dah dapat. Sepit biru lagi.
Belukang 3 calit pun sangkut juga
Ikan belukang yang aku dapat ni memang besar. Terkejut aku bila joran aku melendut mencecah air. Nasib baik sempat aku capai. Apa lagi, layankan aje.

Udang tidak berapa nak bergalah

Aduhai, kecil macam ini pun terkena mata kail ke? Aree.. Lepaskan ia. Biarkan ia menjadi Jenggo Si Sepit Biru.


Saiz ini boleh dimasak sambal

Aree, saiz ini baru la boleh bawa balik masak sambal.

Tekong darat dengan hasilnya
Selalu Azri akan bawa bot menuju ke lubuk kegemarannya. Tapi kali ini dia jadi orang tengah.

Ini bukan bergaya lebih

Sani cuba membawa bot sendiri. Boleh la jadi driver bot lepas ni.

Trip kali ini tidak membawa hasil yang memuaskan. Tapi kami bersyukur atas rezeki yang diberikan. Udang tak banyak. Tapi kalau dikira ikan, memang sangat memuaskan. Belum tambah yang dilepaskan lagi. Sori la gambar tidak sempat ambil.

Keadaan air yang tidak berapa memuaskan menjejaskan sedikit usaha kami.
Rekod trip sebelum ini masih belum dipecahkan lagi. Harap trip akan datang lebih berjaya.

Terima kasih kepada semua yang join. Tunggu trip PPTPJMM akan datang ya...













Thursday, June 6, 2013

PPTPJMM Menembak Di Metropolitan Batu [1 JUN 2013]

Trip memancing tidak dapat dibuat dek faktor cuaca yang tidak menentu. PPTPJMM merancang untuk menembak lagi. Seperti biasa, tekong paintball kami, Afizal the Pornstar mendapatkan kupon murah. Tapi kali ini di dealmate pulak. Lokasi berbeza. Outdoor tuuu.. Taman Metropolitan Batu.. Jangan confuse pula dengan Taman yang orang main layang-layang tu.. Tu di Kepong ok. Taman Metropolitan Batu terletak di Jalan Ipoh.

RM29 je seorang, dia telah menempah 10 kupon bagi memperoleh 200 biji palet percuma. Walau bagaimana pun, masa ini la ada pulak last minit tak jadi nak join dek gara-gara cuti sekolah. Penuh jemputan kenduri kawin dan perancangan lain. 

Berikut adalah senarai yang menyertai paintball kali ini.

Balls In Telescope


BIT - Balls In Telescope (known as Belle De Boskop)
1. Pornstar
2. Azri
3. Hakim
4. Arif
Riper Company

RC - Riper Company (known as Reaper Company)
1. Namran
2. Faiz
3. Nik
4. Prince

BIT/RC (known as ballancer)
1. Fazmee


Tarik diri saat akhir
1. Fadly


Tentu semua tertanya-tanya kenapa nama team ditukar. Bunyi macam sama. tetapi lain. Ini kerana ahli asal telah berubah arah. Ada juga yang tidak dapat join. Rumah dekat pun tak datang. Macam mana tu? 

So, aku guna kuasa veto untuk rebranding team kali ni la.


Set marker baru dan lama
Lokasi paintball kali ini terletak di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh. Nampak je macam senang hendak cari. tapi hmmm berpusing juga la. 

Tunggu turn untuk berperang

Kami yang gentleman bagi chance kpd amoi-amoi menembak dulu. Ialah mereka 14 orang dah cukup. Kami walau pun datang lebih awal, tapi ada juga yang lambat, sesat dan sengaja buat-buat lambat. hmmmm...

Sementara menunggu tu, kami telah diberi tunjuk ajar oleh Aja dan abang beliau Bob mengenai cara bermain paintball. Mereka memang sporting laa.
Banya benda yang kami belajar dari mereka.

Kami mulakan game sekitar jam 11 pagi dan berakhir jam 12 lebih juga laa... 

Rehat Sebentar
Lepas habis menembak satu game, kami pun berehat sekejap. Lepas tu sambung balik.

Apa pun, kami sangat berpuas hati dengan lokasi paintball kali ini. bersih, terjaga, kurang tempat menyorok... yang seronoknya kami boleh gelak sakan lepas menembak. Huh.. lepas tensen. 

Lepas puas menembak, kami pun pergi melepak di kedai mamak yang kami sendiri tidak sure kemamakannya. Lepas jam 1.40pm, kami pun bersurai.

Sebagai penghargaan kepada semua rakan-rakan yang menyertai paintball kali ini, aku telah sediakan satu video khas yang telah aku upload di youtube. Kalau search di youtube perkataan "PPTPJMM" sure video ini akan berada di atas sekali. (Video ini datang dengan Versi FULL HD lagi tau)


Selamat Menonton
(perhatikan aksi terlebih dari tekong.. haha)



P/S: Lain kali tekong tolong sediakan air. 100plus sejoookkkkk...

Monday, April 1, 2013

PPTPJMM Menembak lagi [30 Mac 2013] -Part II


Di sini aksi bermula.. Kol 10.00 am.. yang mane masih dok lepak kedai mamak tu dipanggil utk wat persediaan.. sbb kite akan mulakan pertandingan secepat mungkin.. yelaa.. kol 12 nnt ada team lain plak nk main..


 Senjata menunggu tuan..



Safety Mask menjadi benteng..

Safety mask..

Tunggu aksi bermula.. member lambat plak..


Kusyuk dengar briefing daripada pihak pengurusan SPLASH ZONE..

 
Ahli yang bertanding...
 
Aiming Paintball
Reapers Company with their enemy..

Bincang strategi..
Reapers Company lambat panas.. tp game last tu paling mencuri tumpuan bila strategi menjadi.. BDB berbuih2 kene shoot.. Baju askar pun bintat2 kene.. amek ko ubat..

pertarungan bermula..
Wellson.. Tidak kah ko perasan di sebelah kiri ko pun ada musuh? Fahmi kot.. dia pn xperasan gak..

star yang digeruni..hikhik..

Tp sayang la geng.. kite xda group fotografi.. adoiyai..


 
Peluru tak sempat pecah sebab kene absorb dgn vest.. haha.. sape la tembak nie..

Siap berdarah lagi.. kene tembak dekat nie..


Lebam tembakan..


Minum dulu...


Setelah penat lelah bertarung... Team Reapers Company terpaksa memberi kemenangan kepada Belle De Boskop..  Tp biase laa.. kalah menang adat pertandingan.. nasib baik la xda maki hamun.. semua berfikir sebelum bertindak.. Kami membuat postmotem kt kedai minum.. sambil gelak ketawa bila sebut tentang aksi kawan2 dgn mcm2 krenah.. yg penting bermusuh sekadar di gelanggang.. Luar daripada gelanggang kite la sahabat selamanya... Sahabat.. Utk selamanya.. ehh.. teringat plak lagu Upin Ipin.. Hikhik..

Abes bergelak tawa.. kami pun pulang keletihan ikut haluan masing2.. Terima kasih kepada semua yang terlibat.. semua yang menjayakan paintball kali nie.. next game.. sape berminat? Sila contact tekong darat kami k.. yg mane tembak aku tu.. watch out.. I will hunt you till the end of the world.. 

Sunday, March 31, 2013

PPTPJMM Menembak lagi [30 Mac 2013] - Part I

Hari ini.. 30 Mac 2013 (Sabtu).. PPTPJMM main paintball la plak.. yelaa.. musim ujan.. nk memancing xboleh.. Dpt offer kt groupon utk paintball.. ape lg.. tekong darat (T) angkat smp 12 kupon utk misi kali nie.. kitorg xda la byr je.. harap tekong darat setel smua..  arangement smua dilakukan atas usaha smua.. menjemput rakan2.. promosi.. design logo.. cume yg fail skit bab sunlight.. huhu.. nk je rembat kt kedai mamak mase minum pagi tu.. Pasukan nie takda la sehebat Dark Knight yang ada nama kt dunia Paintball.. tp jauh di sudut hati tu bukan je nak cabar Dark Knight.. malah Houstan Heat tu pun kalu buleh... Berikut adalah pasukan yang menyertai misi kali nie..

REAPERS COMPANY
Aree (C)
Afizal Haqeem (T)
Wellson David
Udin
Arif
Prince




BELLE DE BOSKOP
Fazmee (C)
Filus
Azri
Sani Md Isa
Namran IMR
Fahmi Ipah

Ada lagi orang2 yang turut menjayakan misi PPTPJMM kali nie..

Camera Woman
Zuhaili Zaidan

Pencabut Undi Berkecuali
Ikon JMM (MHafiz)

Misi kali nie  adalah sama cam misi menembak sebelum nie.. Berikut adalah maklumatnya..


Lokasi
Selayang Mall

Masa
9.00am (tp start kol 10.30am sbb ada plak geng wat blur kate start kol 11)


 Korang mesti tertnye2 mana gambo kan?? tunggu pos seterusnya dari aku.. sbb aku xdapat lagi gambo dr camera woman..

Wednesday, February 6, 2013

PPTPJMM Pancing Udang [5 Feb 2013]

Kuala Selangor, 5 Feb -  PPTPJMM memburu Udang Si Sepit Biru.. Trip kali nie pergi tanpa perancangan yang teliti.. Yelaa smua last minit.. Ia disertai oleh Azri, Aree, Prince dan seorang ahli baru dalam dunia memancing, Fizal.. Welcome to the group fizal. Kami memulakan perjalanan dengan bertolak dari opis jam 5.33am.. lewat 3 minit dari yang dirancang.. kami pergi menuju ke rumah fizal di Alam Budiman siap sempat lagi solat jemaah di Surau kawasan tersebut.. Sungguh xdisangka.. ramai gak yang tinggal di kawasan tersebut.. 6.30am orang sibuk berpusu-pusu menuju ke pejabat.. kami plak menuju ke Bagan tengkorak..


Taaraaa... tepat jam 7.25am kami sampai sudah di jeti setelah menikmati sarapan di Kedai Makcik dkt simpang.. kelihatan ramai pemburu sepit biru telah mula keluar menaiki bot yg ditempah..


Nie la dia jeti Bagan Tengkorak... haha..


Aree memastikan azri menjalankan tanggungjawab dia.. haha..



Nie la Azri.. dia tekong darat kami.. bertanggungjawab menguruskan penyewaan bot dan Umpan dengan cikgu Ayob..



Keadaan air yang dipenuhi kayu dan sampah disebabkan hujan yang turun semanjak beberapa ari ni..


Penganyir.. Fizal buat openning utk udang yang pertama ari ini.. Beginners...


Pindahhhhh... masih2 berposing mase otw pindah lubuk.. Aree sudah memberi posing ala jenggo..


Ikan duri pun makan umpan gak...



Juara trip sebelum nie buka tirai dah dengan udang bersaiz sederhana (M)..


Aree plak dengan gelama kuning yang bewarna keemasan..


Aree naikkan pulak udang bersaiz S..


Azri naikkan lagi.. wahhhh.. dia naekkan lagi...



Klik Read More utk lebih aksi..



Friday, January 25, 2013

Video Aksi

 Prince Menarik tenggiri



Hassnol terlepas ikan ape ye??



Prince Menarik Ebek



Melayan Tamban guna apolo buatan tangan




 Menarik Aruan Tasek