Wednesday, February 6, 2013

PPTPJMM Pancing Udang [5 Feb 2013]

Kuala Selangor, 5 Feb -  PPTPJMM memburu Udang Si Sepit Biru.. Trip kali nie pergi tanpa perancangan yang teliti.. Yelaa smua last minit.. Ia disertai oleh Azri, Aree, Prince dan seorang ahli baru dalam dunia memancing, Fizal.. Welcome to the group fizal. Kami memulakan perjalanan dengan bertolak dari opis jam 5.33am.. lewat 3 minit dari yang dirancang.. kami pergi menuju ke rumah fizal di Alam Budiman siap sempat lagi solat jemaah di Surau kawasan tersebut.. Sungguh xdisangka.. ramai gak yang tinggal di kawasan tersebut.. 6.30am orang sibuk berpusu-pusu menuju ke pejabat.. kami plak menuju ke Bagan tengkorak..


Taaraaa... tepat jam 7.25am kami sampai sudah di jeti setelah menikmati sarapan di Kedai Makcik dkt simpang.. kelihatan ramai pemburu sepit biru telah mula keluar menaiki bot yg ditempah..


Nie la dia jeti Bagan Tengkorak... haha..


Aree memastikan azri menjalankan tanggungjawab dia.. haha..



Nie la Azri.. dia tekong darat kami.. bertanggungjawab menguruskan penyewaan bot dan Umpan dengan cikgu Ayob..



Keadaan air yang dipenuhi kayu dan sampah disebabkan hujan yang turun semanjak beberapa ari ni..


Penganyir.. Fizal buat openning utk udang yang pertama ari ini.. Beginners...


Pindahhhhh... masih2 berposing mase otw pindah lubuk.. Aree sudah memberi posing ala jenggo..


Ikan duri pun makan umpan gak...



Juara trip sebelum nie buka tirai dah dengan udang bersaiz sederhana (M)..


Aree plak dengan gelama kuning yang bewarna keemasan..


Aree naikkan pulak udang bersaiz S..


Azri naikkan lagi.. wahhhh.. dia naekkan lagi...



Klik Read More utk lebih aksi..





Kali nie turn aku plak.. Walaupun saiz kecik je.. tp boleh la utk lesen.. dari tadi dok terbako tgk Aree.. Azri.. and Fizal bawa naek...


Azri naikkan duri bewarna keemasan plak...


Nie la hasil tangkapan setakat tghari.. namun ia tidak mematahkan semangat kami..
 
 

Nie adalah gambar kenangan udang Azri yg ke tiga.. nie la udang yang dilepaskan oleh anak muridnya... Kenapa dia lepaskan udang tok guru dia??


Aku nie baru menceburkan diri memancing udang.. tup2.. aku dapat sepit biru.. yay!!

Jam di tangan menunjukkan 6.30pm.. Jumlah hasil tangkapan kami setakat ini menyamai rekod sebelumnya iaitu 12 ekor.. Kami membuat keputusan utk ke lubuk terakhir dengan harapan utk mendapatkan seekor lagi utk memecahkan rekod.. Ternyata ia membuahkan hasil.. Azri menaikan udang yg ke 13 di lubuk terakhir.. dabooommmm... rekod dipecahkan...

Kemudian, Fizal menaikan udang juga selapas tu.. tetiba..


Joran Aree dgn reel Inovanya telah diragut.. hmmm smua sangkakan si Belukang.. tup2... JENGGO si SEPIT BIRU!!  WOWWWW.... Boooommmm.... Rekod Udang paling besar nampaknya berpindah milik.. Mulai saat itu Aree telah digelar JENGGO.. tgk gambo di atas..


Jenggo berusaha melepaskan matakail dari Udang Galah dia dibantu oleh aku.. Semua kembali fokus kepada pancing masing-masing.. check umpan.. tukar umpan.. segala bagai...


Nie rase udang siapa? org belakang tu muka xpuas ati bkn sebab aku pegang udang dia.. tp dia keletihan kot..


Mase kecederaan utk mendapatkan hanya seekor udang bagi memecahkan rekod membuahkan hasil apabila kami telah menaikkan 8 ekor udang dalam mase 55 minit je sebelum kami bertolak pulang jam 7.25pm.. Hasil tangkapan kitorg.. Kami sangat berpuas ati dgn hasil tangkapan kami.. 20 ekor udang sahaja.. pencapaian terbaik utk kami yg baru berjinak2 dalam dunia Sepit Biru nie..
Looking forward for the next trip.. Tunggguuuuuuuuuuuuuu...

5 comments: